PENTINGKAH MELAKSANAKAN PROSES ‘SHUTDOWN ‘ KOMPUTER ?
- StarGlory Computer
- Aug 21, 2018
- 2 min read

Menghentikan sesuatu peralatan dari pada berfungsi, pada asasnya amatlah mudah seperti mematikan enjin kenderaan atau menutup lampu elektrik tetapi atas sesuatu sebab mematikan komputer anda memerlukan langkah-langkah yang agak banyak.
Bermula dengan mengetik butang start kemudian membuat pilihan ‘shutdown’ atau boleh sahaja dengan menekan butang start yang terdapat pada chasis computer anda atau tutup saja suiz elektrik yang bersambung kepada komputer. Selain daripada mematikan PC anda dengan cara mengejut, sebenarnya PC anda melalukan satu tugasan yang penting sebelum memutuskan arus elektrik. Adakalanya mengambil masa yang agak lama untuk ‘totally shutdown’. Mengapa ini berlaku ?
Sebenarnya, mematikan komputer dengan mengetik pilihan shutdown, computer anda terus sahaja melakukan beberapa proses menghentikan semua aplikasi yang sedang berlaku dengan tujuan untuk melindungi data-data di dalamnya. Salah satu perkara yang anda mungkin perasan adalah PC memberikan amaran untuk melaksanakan penyimpanan terhadap semua kerja-kerja anda yang sedang berlaku. Namun begitu ada juga perkara-perkara yang anda tidak nampak sedang berlaku di dalam sistem komputer.
CPU anda sedang memberikan arahan kepda semua program yang sedang berjalan bahawa sudah tiba masanya untuk menghentikan semua yang sedang dilakukan seperti penjaga peperiksaan mengarahkan semua pelajar meletakkan pensil kerana masa peperiksaan telah tamat. Proses ini sangat penting kerana berkemungkinan ada program dan service yang menulis sesuatu ke dalam cakera keras computer seperti memuatturun program update, memuatturun files dan mungkin sedang menulis ke dalam sistem registery komputer.
Jika tidak melaksanakan proses shutdown yang betul, anda sedang merisikokan komputer untuk berlakunya kerosakan data yang serius. Walaupun sistem operasi WINDOWS yang dinamakan NTFS mempunyai satu kaedah yang dinamakan journaling yang mana mengurangkan risiko kerosakan data tetapi seperti kata pepatah melayu ‘mencegah adalah lebih baik dari mengubati’.
Apa yang pastinya, cuba jangan mematikan komputer semasa proses updating ‘please do not power off or unplug your machine’ kerana sekiranya anda mematikan komputer pada masa ini kemungkinan besar sistem operasi WINDOWS akan mengalami kerosakan yang teruk.
Kesimpulannya, pastikan komputer anda melaksanakan proses shutdown dengan betul walaupun akan mengambil sedikit masa kerana ia adalah lebih baik daripada perlu memasang semula WINDOWS yang baru.




Comments