top of page

Laptop Repair

Kami tahu masalah laptop boleh terjadi dalam berbagai jenis. Apapun masalah laptop anda, kami di StarGlory PC Repair boleh membantu. Semak perkhidmatan pembaikan yang kami tawarkan dan salah satunya mungkin berkaitan dengan masalah anda. Hubungi kami melalui borang yang kami sediakan atau terus sahaja gunakan aplikasi whatsapp. www.wasap.my/+60192505765

Penukaran Bateri Laptop

Jika bateri laptop anda habis terlalu cepat atau tidak mengecas sama sekali, anda pasti perlu menghubungi StarGlory PC Repair. Mungkin bukan masalah besar jika charger laptop anda perlu dipasang pada setiap masa, tetapi ia akan menjadi masalah sekiranya ketiadaan bekalan elektrik. Tiada siapa yang suka berdepan masalah tersebut diwaktu anda memerlukan laptop untuk beropersi setiap masa, walaupun anda fikir anda boleh hidup dengannya, tetapi adakalanya ia menjadi pengalaman yang amat menakutkan. Oleh itu, hubungi kami lihat jika kami dapat membantu anda.

http://starglorypcrepair.wasap.my

​

Data Recovery

Sesuatu yang terburuk boleh dan akan berlaku kepada laptop anda atau ia hanya diam dan tidak ada tindakbalas, namun begitu apa yang anda perlukan adalah data-data penting yang ada di dalamnya dan percayalah, StarGlory PC Repair ada penyelesaiannya. Laptop yang telah terlalu lama juga mungkin tidak ekonomi untuk di baiki dan memerlukan anda mendapatkan model yang terkini. Walau bagaimanapun, anda boleh bergantung kepada kami untuk sebarang perkhidmatan pemulihan data yang mungkin perlu dan pastikan anda tidak kehilangan apa-apa yang berharga. Kami bersedia untuk membantu anda.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Kipas Laptop

Sedar atau tidak adakalanya kipas laptop mungkin tidak berfungsi dan mungkin bagi anda ia adalah masalah yang kecil sahaja. Namun begitu, peningkatan suhu yang terjadi akibat dari kipas yang kegagalan akan menyebabkan komponen laptop anda samada gagal berfungsi atau mengalami kerosakan yang serius walaupun sistem laptop anda didatangkan bersama-sama fungsi auto shutdown. Oleh sebab itu, anda harus membawa laptop anda kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Hard Disk

Jika anda mengesyaki cakera keras laptop anda mengalami kerosakan, anda seharusnya terus menghubungi StarGlory PC Repair. Mungkin ia tidak terlalu mendesak pada masa ini dan anda memikirkan tentang budjet tetapi jika kehilangan data ia akan menjadi sesuatu yang sangat menekan jiwa dan perasaan ditambah dengan budjet yang semakin besar. Anda tentu tidak mahu ia berlaku. Kami sentiasa sedia untuk menjawab sebarang pertanyaan anda. Jangan ragu untuk bertanya memalui panggilan telefon atau mengisi boring tang telah kami sediakan.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Papan Kekunci

Jika papan kekunci anda telah mengalami beberapa masalah. Penggantian dengan yang baru adalah satu-satu penyelesaian. Mungkin isu tersebut bukan menjadi masalah besar kepada anda kerana boleh saja menggunakan papan kekunci sambungan usb untuk menggantikan yang asal. Tiada sesiapa yang suka berhadalan dengan komplikasi seperti itu pada laptop walaupun anda merasa boleh hidup dengan situasi tersebut. Oleh itu hubungi StarGlory PC Repair untuk menyelesaikan masalah tersebut.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Akibat Cecair

Jika secara tidak sengaja anda telah tertumpah cecair ke laptop, hubungi kami segera. Jika anda telah tertumpahkan cecair ke atas laptop anda seminggu atau dua yang lalu dan anda membiarkannya dan berharap tiada apa-apa yang akan berlaku dan sekarang anda mula mengalami beberapa masalah kecil yang mana mungkin boleh menjadi masalah-masalah besar, kami syorkan anda membawanya secepat mungkin kepada kami untuk pemeriksaan. Sikap tunggu dan lihat adalah cara mudah untuk mengubah dari masalah kecil kepada kerosakan besar atau kerosakan motherboard secara ‘total loss’.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Laptop Memori (RAM)

Prestasi Laptop yang terbatas disebabkan RAM (Random Access Memory) adalah antara kesakitan yang besar untuk ditangani. Sekiranya Laptop anda adalah jenis yang lama dan mungkin RAM tersebut perlu di naik taraf bagi mengimbangi penggunaan perisian pada masa kini. Menaiktaraf RAM boleh menjadikan Laptop anda terasa seperti baru dibeli. Sila hubungi kami dan berikan soalan anda. Kami sedia mendengarnya.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Motherboard Repair

Jika anda sampai ke sini kerana anda percaya bahawa papan induk anda telah rosak atau sedang menuju kepada kerosakan, kami di starglory akan memastikan samada keadaan itu sedang berlaku atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, dengan pemerhatian yang perlu dibuat, kami perlu teliti dalam segalanya, oleh itu ia mungkin akan mengambil sedikit masa daripada biasa kerana perlu melakukan diagnosis yang betul dan kemudian menggantikan bahagian yang rosak agar anda berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Jadi, datangkan kepada StarGlory PC Repair untuk menyelesaikan masalah anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan sila hubungi dan kami akan menjawab sebarang soalan yang anda ada.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Physical Damage Repair

Laptop adalah hebat kerana boleh dibawa ke mana sahaja yang anda mahukan. Walaubagaimanapun, ia sangat terdedah dengan kerosakan fizikal. Mungkin anda terlanggar sudut meja, mungkin terjatuh semasa penggunaan, mungkin beg yang diletakkan laptop anda terjatuh dan semua ini memberikan satu keputusan iaitu kerosakan fizikal yang perlu dibaiki.Tidak semua kerosakan fizikal yang terjadi adalah sama dan adakalanya ia menjadi rumit tetapi jika anda tidak pasti bagaimana untuk membaiki komputer riba anda atau jika anda benar-benar perlu membetulkannya, bawa ia kepada kami untuk anggaran kerosakan secara percuma atau jika anda perlu memperbetulkannya. Kami di sini untuk membantu dan jangan ragu untuk menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Operating System Reinstall

Sebarang isu berkaitan perisian yang ada dalam laptop anda tentunya sangat menyakitkan untuk ditangani. Sekiranya proses boot sangat perlahan atau anda mendapati kelakuan laptop anda lain dari kebiasaannya, fresh reinstall adalah jalan penyelesaiannya. Mudah-mudahan ia akan memulihkan laptop anda dan kembali berfungsi seperti baru. Seperti biasa kami di starglory pc repair sentiasa ada untuk menbantu anda. Kami sentiasa boleh menjawab sebarang persoalan dari anda.

http://starglorypcrepair.wasap.my

Perkhidmatan

- Data Recovery

- Penggantian Screen LCD

- Membuang Virus & Malware

- Operating System Installation

- Windows Post Install (WPI)

- Menaiktaraf Komputer

- PC Tune Up / Diagnostic

​

Waktu Perniagaan

Isnin - Jumaat: 9 am - 7 pm

Sabtu / Ahad: Tutup

  • Facebook - White Circle

Hubungi Kami

No 31 Taman Saroja, jalan Saroja 6, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

​

Tel/whatsapp: www.wasap.my/+60192505765
https://armadillo4021.wixsite.com/starglory

https://www.facebook.com/starglorypcrepair

e-mel:starglorybmenterprise@gmail.com

LOGO KEDAI STARGLORY_3_BARU_2.png

@ 2018 STARGLORY PC Repair dimiliki oleh STARGLORY BM ENTERPRISE (002887471-T)

bottom of page