
Perkhidmatan Kami
01
Data Recovery
Ia adalah benar-benar menyakitkan apabila berlaku isu kehilangan data ini. Adakah data anda hilang pada masa beberapa minit yang lepas?
Di Windows, peluang anda untuk pulih melalui Imbasan Pantas adalah lebih tinggi jika anda bertindak cepat. Biasanya apabila fail dipadam, hanya nama fail sahaja yang ditanda sebagai telah dibuang. Kandungannya masih terdapat pada pemacu.
Imbasan mungkin mengambil masa hanya beberapa minit atau beberapa jam bergantung kepada saiz storan untuk membawa senarai item yang baru dihapuskan kepada anda.
04
Operating System Installation
Sistem Pengoperasian Komputer atau sering disebut-sebut sebagai OS adalah aplikasi yang perlu ada di dalam semua jenis komputer atau laptop. Tanpanya komputer tidak akan boleh beroperasi.
02
Penggantian Screen LCD
Memiliki laptop akan memudahkan kita untuk menguruskan pekerjaan walau dimana berada. Namun begitu dari semasa ke semasa beberapa masalah mungkin akan berlaku kepada screen laptop yang menyebabkannya perlu digantikan.
Antara masalah yang mungkin mudah untuk kita kenalpasti adalah seperti berikut:
1. Screen mula menampakkan titik-titik hitam yang juga dipanggil dead pixel. Semaik lama ianya akan menjadi semakin banyak dan menjadi tompok-tompok hitam.
2. Screen yang menampakkan garisan menegak atau melintang juga memberitau ada masalah kepada ribbon connector atau panel LCD itu sendiri.
3. Dari masa ke semasa, backlight pada LCD anda juga akan mulai malap atau pudar. Backlight pada LCD berfungsi memberi cahaya supaya anda boleh melihat imej yang dipaparkan. Apabila lampu backlight mula malap paparan akan menjadi pudar.
05
Windows Post Installation
WindowsPost Installation Wizard adalah aplikasi yang direka untuk memberi pengguna pilihan aplikasi, tweak dan skrip yang hendak dipasang menggunakan sistem automatik.
03
Virus & malware
Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna.
​
Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf.
​
Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.
06
Menaiktaraf Komputer
Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).
Perkakasan computer boleh di tukar untuk meningkatkan prestasi dan kelajuan sesebuah unit computer atau laptop. Namun begitu menaiktaraf perkakasan adalah bergantung kepada keupayaan motherboard, cpu atau jenis laptop. Antara proses menaiktaraf perkakasan adalah melibatkan memory module a.k.a RAM, harddisk, optical drive, Graphic Processing Unit (GPU) atau menukar motherboard.