top of page

KOMPUTER PERLAHAN

  • Writer: StarGlory Computer
    StarGlory Computer
  • Jul 22, 2018
  • 1 min read

Updated: Aug 10, 2018

Memiliki komputer adalah satu kewajipan hampir kepada semua rakyat malaysia lebih lagi kepada mereka yang bekerjaya dan masih belajar. Namun begitu dari masa ke semasa semua orang akan mengalami situasi dimana prestasi sistem komputer atau laptop milik mereka akan menjadi lambat.

Dalam beberapa situasi, keadaan ini akan membuatkan pemiliknya menjadi tertekan terutama apabila ingin membuat persembahan slide menggunakannya.


ree

Jangan risau, apa juga masalahnya pasti boleh diatasi. Berikut saya sertakan beberapa tips untuk anda sebagai pengguna boleh melakukan sendiri proses clean up bagi memeastikan komputer anda sentiasa berada ditahap yang optimum. Melainkan PC atau lLaptop anda telah dijangkiti virus atau malware, perlu pemeriksaan yang lebih teliti oleh juruteknik komputer. Saya boleh mengatasi masalah anda www.wasap.my/0192505765


Langkah - Langkah Yang Boleh Dilakukan Sendiri.


1. Sentiasa membuat pembersihan kepada folder prefetch komputer anda, Cari fail tersebut di dlam forlder C:\Windows\Prefetch bagi semua sistem pengoperasian Windows. Padamkan semua fail yang ada di dalam Folder tersebut.


ree

2. Masukkan arahan %temp% didalam carian run dan padamkan semua fail yang terdapat di dalam folder tersebut.


3. Sentiasa melaksanakan disk cleanup pada drive c: yang menempatkan sistem pengoperasian komputer anda.


4. Anda juga disarankan untuk menggunakan 3rd party software yang percuma seperti CCleaner untuk membuat pembersihan kepada sistem komputer anda.


Semoga tips yang saya kongsikan ini akan memberikan panduan kepada anda dalam menanggani masalah sistem komputer atau laptop yang perlahan.

 
 
 

Comments


bottom of page