top of page

KENALPASTI ANTARA TANDA-TANDA SERANGAN VIRUS KOMPUTER

Writer's picture: StarGlory ComputerStarGlory Computer


Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

1. STORAGE CAKERA KERAS ANDA BEKURANGAN SECARA TIBA-TIBA. Pernahkah anda mengalami keadaan dimana pengurangan saiz cakera keras yang terlalu cepat walaupun pada dasanya simpanan data anda tidaklah begitu banyak.


2. LIHAT AKTIVITI CAKERA KERAS ANDA. Sekiranya aktiviti cakera keas anda sangat aktif dan lampu penanda berterusan berkelipan walaupun pada masa tertentu anda tidak membuka banyak aplikasi ketika menggunakan computer. Kemungkinan besar aktiviti vius sedang giat berlaku di belakang tabir.


3. MASA YANG SANGAT LAMA UNTUK BOOT KOMPUTER ANDA. Jika anda mula menyedari bahawa komputer anda mengambil masa yang lebih lama daripada biasanya untuk bermula, virus mungkin melambatkan proses permulaan komputer anda. Jika anda tidak boleh log masuk ke Windows, walaupun dengan maklumat log yang betul, kemungkinan besar virus telah mengambil alih proses log masuk.

4. FAIL-FAIL YANG PELIK TIMBUL DI DESKTOP ANDA. Pernahkan anda mengalami situasi fail-fail yang pelik timbul semasa anda menggunakan komputer atau laptop. Walaupun telah di tutup, ia masih lagi timbul dan keadaan ini sangat mengganggu...Betul ?. Ini mungkin terjadi akibat daripada serangan virus pada komputer tanpa anda sedari. Ada berbagai-bagai lagi keadaan yang menandakan komputer anda diserang virus. Kami di TECHNOBYTES sedia untuk membantu anda membaikpulih semua masalah yang berkaitan dengan serangan virus komputer dengan haga yang sangat berpatutan.


8 views0 comments

Comments


bottom of page